Tuesday 15 November 2011

Hati Yang Kotor


HATI BERSIH=KERETA BERSIH??!
Perumpamaan hati yang bersih dapat dilakukan dengan membandingkan hati dengan sebuah kereta. Bayangkan sebuah kereta Myvi baru berwarna silver. Kusyennya masih berplastik dan berbau kedai. Luarannya berkilat tanpa sebarang noda jauh lagi calar-balar yang mencacatkan rupa. Katakan itu kereta anda. Hadiah hari lahir dari ibu dan ayah tercinta. Mahu bawa kereta tersebut melalui jalan berlumpur penuh lopak? Pasti ramai yang tak mahu kerana kesan kotornya pasti ketara sekali kan? Ya. Disitulah point penting tajuk kita hari ini.
Hati yang bersih ibarat kereta yang bersih juga. Kereta bersih yang tiba-tiba mempunyai palitan lumpur pastinya mudah disedari berbanding kereta yang memang sedia ada kototr. Palitan dosa pada hati yang bersih mudah disedari oleh pemilik hati dan orang-orang yang berada disekelilingnya. Pemilik hati yang bersih tadi akan berasa gelisah dan resah kerana melakukan sesuatu yang dilarang agama. Mereka akan segera bertaubat agar palitan dosa tadi memudar dan segera hilang. Sebaliknya kereta yang kotor, jika dikotorkan lagi dengan kotoran, tak mustahil jika ornag tak perasan pun kotoran tersebut kan? Begitu jugalah hati yang kotor. Semalam mengumpat lecturer, hari ni mengumpat lecturer, esok pun nak mengumpat lecturer, pastinya terasa biasa dan akhirnya menjadi tabiat yang sukar dibuang. Dosa yang asalnya satu titik kecil kian merebak dan bernanah. Akhirnya ia menjadi warna hati kita. Orang sekeliling pun akan maklum dan melabelkan “dia memang macam tu..”. Bumi yang kita pijak pun akan menyumpah..malunya..
Hidup insan tak pernah terlepas daripada berbuat dosa. “Baru tadi saya tinggikan suara dengan ibu.”, “Semalam saya terlepas solat Subuh.”, “Kelas Kaunseling tadi saya tiru assignment kawan je.”..Kembalilah kedalam dakapan kasih sayang Allah Yang Maha Pengampun. Pintu taubatnya tak pernah tertutup sehinggalah hari kiamat nanti..
Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-Ku akan Aku ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada-Ku tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu apapun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.” (HR. Tirmidzi, ia berkata, ”hadits ini hasan shahih.”)