Tuesday 30 August 2011

Nak bawa apa ya?


1.     1.  TUJUAN, INTENTIONS & NIYYAH (NIAT)?

“...Assignment Physic dan Stats terdampar sepi dibawah timbunan kertas-kertas  minit mesyuarat minggu lalu yang masih belum siap untuk diapprove pengerusi persatuan. Farhan  masih dalam balutan selimut hijaunya dengan pelekat ‘KoolFever for Adults’ didahinya, berbaring resah sejak dari selepas subuh tadi.Pening kepala  kerana demam akibat kehujanan dari pulang kerja shift malam sebagai cashier di Seven-11 malam tadi seakan tidak menunjukkan tanda akan baik memikirkan kuiz Bahasa Inggerisnya yang masih belum  diulangkajinya padahal lusa adalah masanya...”
~ Tak sepatutnya begini kan? Recall kembali tujuan utama kita semua, bukankah bila bergelar mahasiswa secara automatik tujuan utama kita semua adalah untuk belajar? Seringkali para mahasiswa terlupa akan perkara ini kerana dihanyutkan perkara-perkara sampingan seperti bekerja atau bercinta. Beringat dan bijaklah sebelum menyesal .Jangan sampai diberi surat tendang dari universiti  barulah mahu tersedar.

2.        2.  MERISIK (bukan untuk berkahwin sahaja!)

~ Sesetengah daripada kita ada yang mendapat kos yang baru pernah didengar namanya dalam seumur hidup. “Kos ape ni?” “Selalunya kualiti pelajar yang macam mana yang dia nak?” Pastinya banyak persoalan yang bermain dalam fikiran. Tidak salah untuk melakukan sedikit kajian keatas bidang malah universiti tersebut sebelum bergelar mahasiswa secara rasmi. Bukan hanya ini baik sebagai persediaan diri sendiri, malah jika kita merasakannya kurang sesuai untuk kita, persiapan untuk membuat penukaran kos bolehlah dilakukan lebih awal supaya tidak membazir masa dan umur.

3.       3.  KEPERLUAN mental, fizikal & rohani

~ Rancanglah dengan baik apa yang diperlukan . “Tedyy bear nak bawa tak?” Utamakanlah keperluan daripada kehendak. Ini terutamanya adalah sangat penting bagi mereka yang akan menaiki kapal terbang yang sering mempunyai had muatan bagasi. Pastikan juga kesihatan fizikal dalam keadaan yang baik terutama bagi yang akan menghadapi minggu orientasi yang selalunya agak padat dengan aktiviti. Dan ya, tolong jangan lupa bawa bersama Al-Qur’an kita.Bukankah dengan mengigati Allah itu hati akan menjadi tenang dan ia adalah ubat terbaik buat kita semua?

4.     4.   YOU ARE NICE.CAN WE BE FRIENDS?” ~ TEMAN

~ Bukanlah muslimin (muslim lelaki) harus berkawan dengan mereka yang berserban berjanggut dan muslimat (muslim perempuan) harus berkawan dengan mereka yang berjubah dan bertudung besar sahaja.Tidak, bukan begitu. Tapi, bijaklah dalam memilih siapa yang mahu kita dampingi terutama teman rapat kita.
~ ‘Peer pressure’ (tekanan kerana kawan-kawan) adalah tidak dinafikan sangat kuat oleh itu adalah sangat penting untuk tidak tersalah berkawan dengan musang berbulu musang  jauh lagi musang berbulu ayam . Sentiasalah melebihkan aspek kualiti (peribadi, akhlaq) berbanding kuantiti (duit, makanan,  kegeniusan)

5.       5.  HEMAT BERBELANJA=moneywise

~ Rasanya kita tidak memerlukan TV Plasma 42-inci walaupun kita sangat suka menonton televisyen. Tentukanlah apa yang menjadi prioriti contohnya keperluan untuk melakukan assignment yang kadangkala menelan belanja yang agak besar.
~ Bahagikan dengan bijaksana berapa jumlah untuk hidup (makan,pengankutan, top-up), assignment, dan simpanan (kecemasan) dalam masa sebulan.
~ Ada kes pelajar yang menggunakan wang pinjaman untuk melabur dalam business dan ada pula yang terpaksa meminum air paip pada akhir bulan kerana kehabisan wang. Wang bukanlah segala-galanya tetapi wang adalah keperluan untuk hidup yang sangat penting.

6.     6.   BERDIKARI

~ Inilah masanya untuk menilai kemampuan diri dalam mengurus hal hidup sendiri. Jika selama ini makan, minum, duit, baju dan transport ditanggung ibu dan ayah, apa kata cabar diri sendiri untuk menjadi insan yang lebih independant (merdeka, tidak bergantung).Kalau ini bukan masanya, bila lagi?

7.    7.   FITRAH MANUSIA...berbuat salah...

~ Pernah dengar, “Saya memang tersalah langkah..”, “Sepatutnya dulu..”, “Kalaulah..”? Mungkin kita sendiri pernah menyebutnya dalam diam atau nyata..Untuk semua, terutama pelajar-pelajar baru, akan ada kesilapan yang dilakukan.Cukuplah dengan rasa menyesal dan janganlah terbawa dengan perasaan sehingga menyebabkan putus asa atau ingin membunuh diri. Semua anak Adam berbuat salah akan tetapi yang terbaik dari kalangan mereka yang berbuat salah itu adalah mereka yang bertaubat (menyesal, membetulkan kesalahan dan tidak mengulanginya.).Hakikatnya, pengalaman adalah guru terbaik dalam hidup. Dan sentiasa ingat bahawa ujian yang diturunkan kepada seseorang hamba adalah tanda sayang Allah kepada kita bukan kerana Allah ingin melihat kita sengsara. Sentiasa kembali kepadaNya dalam semua hal J

Monday 29 August 2011

Laman web iluvislam.com untuk semua

Islamik dan santai.Salah satu daripada karya kreatif yang mampu didapati dari iluvislam.com


Laman web ini ditujukan khas buat semua pembaca, mudah-mudahan membantu dalam menjadikan kita muslim yang lebih baik..InsyaAllah ada banyak informasi berguna, cerpen, wallpapers, sesi soal jawab dan berbagai lagi..Boleh lawati dengan klik pada senarai link yang disedialkan dibahagian kiri blog..Semoga bermanfaat~

Friday 26 August 2011

dengan izinMu, kumulakan langkahku

"Bismillah hir rahmaan nir raheem"= Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assalamu'alaikum warahmatullhi wa barakaatuh.

Alhamdulillah, segala syukur selayaknya dikembalikan kepada Allah kerana hanya dengan keizinan daripadaNya blog ini akhirnya berjaya dimulakan..Tanpa izin dariNya, mungkin blog ini tak dapat dimulakan dan tak dapat dimanfaatkan..Alhamdulillah..semoga bermanfaat untuk semua yang membaca..

Kenapa ayat ni selalu dengar? Izin Allah? Apa maksudnya? Begini, macam bila bos kita kata kita tak boleh balik awal kerana perlu menyiapkan tugasan tambahan, pastinya kita  tak boleh pulang ke rumah kan? Walau bagaimana memberontak sekalipun perasaan kita, kita pasti pasrah akhirnya dengan keputusan yang dibuat bos.Pastinya kita tidak melawan keputusan itu kerana bimbang dipecat. Haa..itu baru bos tempat kerja, kalau BOS BESAR kita pula macam mana? Ada yang boleh lawan?

kalau Allah kata "No, you cannot do that,"...

Maka tidak terjadilah ia..mesti kita pernah lalui pengalaman yang mana kita dah berhempas pulas untuk mencapai satu cita-cita tapi hajat itu tidak kesampaian...Hmm..kita ambil contoh kita  nak beli laptop..kita pun berusaha untuk kumpul duit..kerja jaga kedai buku..kerja cuci pinggan di restoran..dan akhirnya dapat duit..bila dah cukup duitnya, nak pergi beli, Allah izin kita dirompak oleh Encik Penyeluk Saku masa dalam perjalanan ke Low Yat..Pulanglah kita ke rumah dengan hati yang duka..

Begitulah analogi IZIN ALLAH dalam kehidupan kita..jadi kita ni sebenarnya kena selalu banyak bersyukur atas segala sesuatu yang Allah beri..kita kena selalu minta agar Allah beri sesuatu itu bersama redhaNya..yakni, Allah beri dalam keadaan gembira dan   senang hati..Bila orang memberi dengan senang hati, insyaAllah, kita pun senang hati nak gunakannya kan? Apa kata kita cuba aplikasi pengajaran yang kita dapat hari ini dengan mengucapkan "Alhamdulillah" dalam perkara dibawah yang selalu kita terlupa untuk bersyukur:
  • Laptop berjaya di "ON"kan (hidup pelajar mmg selalu guna laptopkan?)
  • Bila bercermin, kita lihat wajah kita sempurna Allah ciptakan..ada 2 mata..ada 1 hidung..
P/S: Susahla..selalu lupa...Takpe, cuba tampal sticknote pada sisi laptop dan cermin.. Orang-orang yang ikhlas (melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah) nak berubah kearah kebaikan, insyaAllah akan dimudahkan langkahnya!