![]() |
| "Bismillah hir rahmaan nir raheem"= Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang |
Assalamu'alaikum warahmatullhi wa barakaatuh.
Alhamdulillah, segala syukur selayaknya dikembalikan kepada Allah kerana hanya dengan keizinan daripadaNya blog ini akhirnya berjaya dimulakan..Tanpa izin dariNya, mungkin blog ini tak dapat dimulakan dan tak dapat dimanfaatkan..Alhamdulillah..semoga bermanfaat untuk semua yang membaca..
Kenapa ayat ni selalu dengar? Izin Allah? Apa maksudnya? Begini, macam bila bos kita kata kita tak boleh balik awal kerana perlu menyiapkan tugasan tambahan, pastinya kita tak boleh pulang ke rumah kan? Walau bagaimana memberontak sekalipun perasaan kita, kita pasti pasrah akhirnya dengan keputusan yang dibuat bos.Pastinya kita tidak melawan keputusan itu kerana bimbang dipecat. Haa..itu baru bos tempat kerja, kalau BOS BESAR kita pula macam mana? Ada yang boleh lawan?
kalau Allah kata "No, you cannot do that,"...
Maka tidak terjadilah ia..mesti kita pernah lalui pengalaman yang mana kita dah berhempas pulas untuk mencapai satu cita-cita tapi hajat itu tidak kesampaian...Hmm..kita ambil contoh kita nak beli laptop..kita pun berusaha untuk kumpul duit..kerja jaga kedai buku..kerja cuci pinggan di restoran..dan akhirnya dapat duit..bila dah cukup duitnya, nak pergi beli, Allah izin kita dirompak oleh Encik Penyeluk Saku masa dalam perjalanan ke Low Yat..Pulanglah kita ke rumah dengan hati yang duka..
Begitulah analogi IZIN ALLAH dalam kehidupan kita..jadi kita ni sebenarnya kena selalu banyak bersyukur atas segala sesuatu yang Allah beri..kita kena selalu minta agar Allah beri sesuatu itu bersama redhaNya..yakni, Allah beri dalam keadaan gembira dan senang hati..Bila orang memberi dengan senang hati, insyaAllah, kita pun senang hati nak gunakannya kan? Apa kata kita cuba aplikasi pengajaran yang kita dapat hari ini dengan mengucapkan "Alhamdulillah" dalam perkara dibawah yang selalu kita terlupa untuk bersyukur:
- Laptop berjaya di "ON"kan (hidup pelajar mmg selalu guna laptopkan?)
- Bila bercermin, kita lihat wajah kita sempurna Allah ciptakan..ada 2 mata..ada 1 hidung..
P/S: Susahla..selalu lupa...Takpe, cuba tampal sticknote pada sisi laptop dan cermin.. Orang-orang yang ikhlas (melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah) nak berubah kearah kebaikan, insyaAllah akan dimudahkan langkahnya!

No comments:
Post a Comment