Monday 12 September 2011

'HOMESICK'



Baru 2 hari disini..Roommate tak banyak cakap..Sunyi je kat dalam bilik..Dengan kawan-kawan aras pun tak kenal sangat..Setakat senyum-senyum je..Haritu masa mak hantar, mak pesan belajar elok-elok..Mak kata kakak dah besar..jaga diri..duduk tempat orang, pandaila behave..Kakak nak mak..Nak nasi yang mak masak..Duk sini tak lalu pun nak makan..

Homesick.Rindu rumah.Nak balik.Tak nak sini.Mungkin ada yang rasa begini sehingga menangis malam-malam, call rumah selalu.Perasaan begini biasa dirasai terutama bagi yang rapat dengan adik-beradik di rumah, jarang berenggang jauh atau rasa susah nak adapt dengan persekitaran baru. Perasaan ini lebih kuat menguasai bila kita mula membandingkan tempat baru dengan tempat lama. Contoh yang tak jauh bandingkan IPTA/S  sekarang dengan KMM yang dirindui.Lebih kuat kan perasaan nak baliknya?

“Nak Buat Macam Mana Ni?”
Cuba teknik M.I.B.P (Men In Black Praying):

M ~ Mother’s prayer (Do’a ibu) = Minta pada ibu agar mendo’akan kita kuat disini

I ~ Intentions (Tujuan asal) =  Ingat kembali tujuan asal kita berada di university. Beruntungnya terpilih daripada ribuan insan lain yang tak berpeluang menjejakkan kaki ke universitI. Apa kata syukuri ni’mat ini dengan berazam untuk menjadi mahasiswa yang cemerlang?

B ~ make yourself Busy (sibukkan diri anda) = Kadang bila kita tidak sibuk, fikiran mudah melayang kealam sejarah dan memori. Cuba sibukkan diri anda dengan aktiviti lain untuk mengalih perhatian diri sendiri terhadap perkara lain.

P ~ Pray (Do’a) = Allah telah menyediakan kita senjata yang istimewa yakni do’a.Mintalah pada Allah agar diberi kekuatan melawan perasaan dan ditetapkan tujuan. InsyaAllah, Allah Maha Mendengar dari siapapun do’a tersebut.Mintalah!

Kalau dah terlalu rindu, call la ke rumah..Cuma jagalah perasaan dalam hati, jangan sampai call itu melemahkan semangat kita sehingga rasa nak pack barang terus.Biarlah panggilan telefon itu menjadikan kita lebih kuat, bukan sebaliknya. Pilihan ditangan kita sendiri!

Moga kekuatan dari Allah sentiasa mengiringi.Jaga diri.Jaga iman J


No comments:

Post a Comment