Thursday 1 September 2011

Penerbangan Pertamaku!


BEG

ü  Pilih beg dari bahan yang ringan
ü  Mudah dibezakan (warna,corak,bertanda) agar tidak mudah tertukar
ü  Tagkan bag dengan nama dan nombor handphone beserta no. kod Negara (Malaysia: +6, Indonesia: +62)

BEG  DALAM BAGASI BAWAH (dalam perut kapal terbang)

ü  Barangan yang mudah pecah ditandakan ‘FRAGILE (mudah pecah)’ kerana beg kita sebenarnya dibaling-baling semasa proses menyimpan beg ke dalam kapal terbang
ü  Kurangkan berat beg sebanyak 2 KG kerana penimbang di airport biasanya lebihi sensitive berbanding penimbang di rumah kita (berat yang lebih akan dikenakan caj yang mahal)
ü  Manggakan beg dengan mangga mini supaya keselamatan lebih terjamin

BEG DALAM TANGAN (dibawa bersama ke atas kapal terbang)

ü  Rata-rata penerbangan membenarkan beg sehingga 7 KG untuk dibawa naik ke atas kabin kapal
ü  Saiz beg haruslah lebih kurang 55cmx40cmx20cm
ü  Jangan bawa bersama:
§  Benda-benda tajam (gunting, pisau, pengetip kuku)
§  Cecair melebihi 150ml (spt. Deodorant, losyen)
§  Botol air berisi air (kalau takut dahaga boleh beli selepas melepasi bahagian scanner)
§  Apa-apa yang boleh menjadi/disyaki menjadi senjata
ü  Mungkin memerlukan :
§  Jaket (terutama perjalanan panjang)
§  Minyak angin (terutama bagi yang mudah pening atau yang baru kali pertama)

SEMASA DALAM BANGUNAN LAPANGAN TERBANG

ü  Perlu tiba di airport sekurang-kurangnya 2 JAM BAGI PENERBANGAN DOMESTIK (DALAM NEGARA) atau 3 JAM BAGI PENERBANGAN ANTARABANGSA.
ü  Semak nombor kaunter untuk check-in pada skrin besar yang selalunya tertera sejurus memasuki bangunan airport
ü  Sentiasa pastikan passport dan tiket sentiasa bersama anda
ü  Ikut arahan pada papan airport dengan baik, jangan tersalah hafal nombor-nombor penting seperti nombor gate kapal terbang
ü  Anda akan melalui process scanning. Sila:
§  Jangan bawa pakai besi atau apa-apa yang mampu trigger scanner
§  Ikut arahan yang diberikan dengan baik
§  Jangan panik dan membuat muka seperti orang bersalah
ü  Anda boleh membeli belah didalam bangunan airport tetapi sila pastikan anda tiba ke boarding room (ruangan menunggu) paling kurang 30-45 minit sebelum masa berlepas

SEMASA DALAM KAPAL TERBANG

ü  Duduk mengikut nombor tempat duduk yang telah ditetapkan pada tiket anda kecuali jika anda menaiki perbangan free-seat
ü  Dengar arahan pramugara/i dengan baik terutama semasa penerangan berkenaan keselamatan diberikan (anda METSI tahu bagaimana harus bertindak seandainya berlaku apa-apa yang tidak dijangka)
ü  Tandas adalah sangat kecil dan anda harus membiasakannya tanpa paip
ü  Semasa makan atau minum, cuba sedaya upaya untuk memilih makanan atau minuman yang halal dan jauh daripada syubhat (perkara yang diragui samada halal atau tidak)

SOLAT DIDALAM KAPAL TERBANG (BAGI PENERBANGAN PANJANG DAN MELIBATKAN BANYAK MASA SOLAT SEPERTI PENERBANGAN 4 JAM KEATAS)

ü  Sebaiknya bertanya kepada orang secara lisan kerana penerangan secara bertulis agak sukar untuk dilakukan.Tanyalah kepada orang yang jelas ‘ilmu agamanya seperti ustaz atau ustazah.
ü  Secara amnya masa solat adalah hanya sebanyak 3 kali sahaja dalam sehari karana anda melakukan solat jama’ qasar yang akan menggabungkan solat zuhur dengan solat ‘asar dan solat maghrib dangan solat ‘isya’. Jadi hanya 3 set solat sahaja, bukan 5 seperti biasa.


ü  Kerana air yang tidak banyak dan anda tidak mahu membasahkan lantai tandas, bolehlah melakukan rukun wudhu’ sahaja (tangan hingga pergelangan tangan, muka beserta niat, tangan hingga ke siku, kepala dan kaki)
ü  Air yang dilalukan ke anggota rukun wudhu’ boleh dilakukan sebanyak 1 kali berbanding 3 kali yang biasa kita lakukan (sebenarnya bilangan wudhu’ yang wajib adalah 1 kali, 3 kali adalah sunnah Nabi Muhammad)
ü  Solat boleh dilakukan secara duduk di tempat duduk. InsyaAllah arah kiblat adalah mengikut tempat duduk anda (Allah member keringanan kepada kita berkaitan ini.Subhanallah, Maha Baiknya Allah pada kita semua.Bersyukurlah.)

SETELAH TIBA DI AIRPORT NEGARA YANG DITUJU


ü  Lafazkanlah kesyukuran kepada Allah kerana telah sampai dengan selamat. Keep calm.
ü  Ikut ke mana para penumpang lain pergi
ü  Biasanya anda akan menemui kaunter passport terlebih dahulu. Jawab dengan jujur dan tenang jika diajukan sebarang persoalan dan jangan panic
ü  Semasa mengambil bagasi, sila pastikan anda telah mengambil beg yang betul. Semak nama pada tag beg. JANGAN AMBIL BEG PENUMPANG LAIN.
ü  Sekali lagi, anda akan melalui scanner, tenang dan ikut arahan yang diberi.

Cara membaca do'a: 
Bismillahir rahmaan nir raheem. Alhamdulillahi subhaanal ladzi sakh khorolana haadza wa ma kunna lahu mukrineen. Wa inna ila robbina la mung kolibuun. 
*Sebutan 'dz': macam huruf z cuma lidah dikepit gigi. Lebih lembut, bunyi bukan dari tekak tapi seakan berangin.

Kami semua mengucapkan 'FI AMANILLAH (semoga selamat dalam lindungan Allah)' buat semua yang    akan merantau jauh. Sehingga berjumpa lagi di lain masa, insyaAllah :)


No comments:

Post a Comment