Monday 12 September 2011

ROOMMATEKU TAK SOLAT

Bawalah sinar ke dalam kamarmu



Resah rasanya bila tak pernah melihat roommate  bersolat. Dah 3 hari dah ni. Sejadah tak nampak langsung, jauh lagi kain pelikat dan baju melayu. Takkan la dia......... . Tak boleh jadi ni.

APA NAK BUAT?

§  Mulakan dengan diri sendiri dulu (Qudwah Hasanah: Contoh yang baik)
ü  Solat di awal waktu
ü  Solat dengan tenang
ü  Lelaki sebaiknya solat di surau ataupun lebih baik lagi masjid

§  Jangan berburuk sangka dan terus menghukum
ü  Contoh buruk sangka, “Sah dia ni type tak solat.Hampeh betul!”

§  Memulakan approach dengan baik.
ü  Setelah seketika waktu dan sesuai masanya (roommate dalam mood yang baik), dekatinya dan tanya dengan baik.
ü  Contoh pertanyaan yang baik, “Amri dah solat?”, “Busyra sedang cuti solat ya?”
§  Jawab respon roommate dengan baik.
ü  Jika roommate memberi respon dengan baik (tidak marah, tidak meninggikan suara), teruskan usaha mengajaknya solat dengan bijaksana. Rancang perbualan-perbualan yang merapatkan hubungan dan jangan tergesa-gesa.Bila rasa masanya dah sesuai, insyaAllah kita boleh mengajaknya solat dengan kita.
ü  Jika roommate memberi  respon yang agak negative (menengking atau mengherdik kembali), jangan teruskan pada masa itu dan minta maaf padanya. Untuk individu begini, banyaklah bersabar dan terus berusaha. Paling penting jaga hubungan yang baik dengannya. Itu adalah lebih utama di awal perkenalan.

a UNTUKMU TEMAN YANG BERHATI MULIA:

Ù  Tetaplah istiqamah (berterusan melaksanakan perintah Allah) dan ikhlas (melakukan sesuatu semata-mata kerana Allah).
ÙYakin bahawa setiap taqdir Allah (mendapat beliau sebagai roommate) adalah ujian tanda sayang dari Allah untuk kita.
Ù Kadang rasa down dan putus asa datang mengetuk, ingatlah bahawa Allah tahu setiap usaha yang kita lakukan untuk membantunya walaupun usaha itu sekecil zarah. Ini adalah perjuangan kita kerana kita sayang padanya.

Jaga diri.Jaga iman J

1 comment:

  1. qudwah hasanah mmg sangat penting...
    moga semua pembaca istiqamah dengan tabah menghadapi ujian yang melanda...insyaAllah

    ReplyDelete